Friday, 15 February 2013
Kehidupan Anda Payah ? Silalah Berfikir Semula.
Saya kenal dengan sebuah keluarga ni. Kehidupan mereka sangat daif dan mereka selalu ditindas oleh saudara sendiri. Kadang-kadang, anak ke-5 dari keluarga ni rasa seolah-olah tiada keadilan di dunia. Dari soal makanan, ada satu saat tu, semasa anak ke-5 dr keluarga ni masih kecil, dy selalu tahan perut sbb tiada lauk utk dimakan..
sampai satu ketika, adiknya menangis dan berkata : sy lapar, sy sangat lapar..
adik-beradik yg lain tak tahu nak buat apa, mereka hanya cakap : sabar ea..sekejap lg abah pulang kerja, ada wang kita boleh beli makanan
dan selalunya mereka makan nasi berlaukkan ikan masin, ikan bilis, atau nasi dicampur air,garam dan ajinomoto..
dan pada satu petang, sewaktu anak ke-5 dr keluarga ni masih kecil dlm usia 7-8 tahun, dy rasa sgt2 lapar, dy berusaha utk pergi ke bawah rumah jirannya utk melihat kalau2 ada sisa makanan yg terbuang..
alhamdulillah..ada telur asin yg telah dimakan oleh jirannya tetapi tak dihabiskan..dy dengan berselera amik baki telur asin yg dah dibuang dr atas rumah ke tanah dan memakannya..
ada satu saat yg lain pula, anak ke-5 dr keluarga ni, cemburu melihat kucing peliharaannya..kucing tu boleh makan ikan/ayam dgn cara curi makanan dr atas meja makan di rumah jirannya.. sampaikan anak ke-5 dr keluarga ni berniat utk ambil makanan yg dah berada di mulut kucing ni..
lg satu, ada ketikanya, kucing ini akan curi bahan mentah seperti kulit ayam, ikan yg belum dimasak dr rumah jirannya
anak ke-5 dr keluarga ni kadang2 terniat utk mengambil sebahagian dr bahan2 mentah dr kucing ni..tapi kakaknya melarang..kotor katanya..
kadang2, anak ke-5 dr keluarga ni curi-curi ambil hasil kucing ini..
dan memakannya di satu sudut..
daifnya kehidupan keluarga ini..semoga Allah permudahkan semuanya bagi mereka.. ="(
jom bandingkan keluarga di atas dgn keluarga kita sekarang.. mcm mana ? ada yg lebih daif ? kalau ada, bersabarlah, Allah uji dgn kesusahan dunia dr segi kehidupan/rezeki, biar disana Allah kurnia kenikqmatan yg hakiki..
Friday, 25 January 2013
Daie (Pendakwah)
Assalamualaikum..
Ibrah buat kita yang mengatakan kita ini
kuat, hebat dan gagah dalam menyahut cabaran dunia ini.. daie ini ternyata
menyerlahkan kekerdilan diri yg penuh riak ini..sama2 kita baca, walau pom agak
panjang, boleh merobohkan tanggapan kita terhadap kemampuan kita sendiri
tatkala berada di tempat almarhumah ini..al-Fatihah sebagai penghubung
persaudaraan sesama insan yg bakal menyusur bersamanya nanti.. ='(
Kisah ini saya sendiri baharu membacanya
lebih kurang 30 minit yang lepas..sebagai lelaki, benteng air mata telah roboh
dan mengalirkan air mata yang tak henti..sebagai perkongsian bersama, jadikan
pengajaran dan titik tolak untuk menjadi hamba Allah yg lebih baik..kisah
pejuang ini saya ambil daripada satu blog yang kisahnya amat menyayat hati..
RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR
SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian
dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya
diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah
pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang
tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga
kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan
Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM
sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai
HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan.
Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan
Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6
ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi
merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk
menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah
2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke
perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya,
saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan
Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia
dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak
gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang
datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan
bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup.
Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi
berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia
dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita
ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu
mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi
kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti.
Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan
menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia
tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan
perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak
mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami
sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai
straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera
nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2
mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu
mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari
sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di
Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan
suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali
belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan
masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di
paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2
masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu
kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak
masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya,
kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan
latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2
amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya
dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari
ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang
diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada
Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa
saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia.
Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil
kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup
mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT
TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita
dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita
yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang
kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau
dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula
dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu
dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya
yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata,
tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus
hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi
tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan
kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2
suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar
seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan
kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu
sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan,
kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu
gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil,
Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi
mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang
hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar
mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan
kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.
Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang
menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir
lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami
disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami
berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2.
Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap
cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr
situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula,
semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut
telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali
angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan
dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3
kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa
muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang
menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab
“Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau
percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia
tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi
sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa
nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu.
Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam
tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan
nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia
memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang
dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya.
Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula
beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan,
Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup
ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut
teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi
kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata,
“Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan
hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari
yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit.
Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu
dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit
air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia
angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan
air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam
zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata
“Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa
macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah”
Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa
gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad
untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air
zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai
yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia
nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya
capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka,
apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang
prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil
sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak
ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak
sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak
jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”.
Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi
Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu
sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan
sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia
betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri
air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah
berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari
itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat.
Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong
bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah
boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula
pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse
sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia
kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak
muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah
dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya
dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum
lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak,
Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin
rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk
menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak
dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak,
sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang,
akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak,
bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan
sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan
rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati,
tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah
redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi,
walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang
tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar
tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak
panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah
penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya
kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia
turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal
sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta
dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak
muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong
macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara
biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah
je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah.
Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis
qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita
yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus
besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi.
Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak
menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan
saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound
pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang
terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam
memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula
gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di
dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga
punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air
zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang
Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah
tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah
Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan
Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar
ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang
drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk
menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia
minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2.
Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri
membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang
keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya
terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari
jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan
beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula
kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam
termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak
jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya.
Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu
bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan
nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka
mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar
dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib
tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran
pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses
pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia
terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar
perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan
zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera
melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin
biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas
kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib
tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali,
namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg
bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa
semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar
bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau.
Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang
bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang
kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan
nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir.
Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan
melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami
benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan
dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil
itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah
pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan
perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci
kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain.
Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun
begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar
yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi
semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga
boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami
perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah
dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula
mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar
diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya
TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan
tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami
berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang
pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan
jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu
keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya
sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh ,
saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak
boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh
pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin
pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan
lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar,
dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya
menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah
dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan
bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing
masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan
untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi
sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu
ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima
kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun
kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak
yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA
ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung.
Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung
keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university
dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan
dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih
kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi
hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati
insan2 yang jujur menyayanginya
SITI
HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Hebat kisah nyata seorg pejuang ini..kalau
saya sendiri ditempatnya, saya pasti tidak sekuat almarhumah..saya ingin semua
mengetahui kisah hebat pejuang ini.. al-fatihah buat almarhumah..semoga berada
dalam rahmat dan redha-Nya..buat keluarga, beruntunglah kalian kerana berjaya
mendidik dan membesarkan pejuang ini ..mudah-mudahan Allah permudahkan urusan2
di hari muka kelak,, salam ibrah buat semua..
Saturday, 5 January 2013
Dedaun
Assalamualaikum..
Dedaun..bewarna hijau saat mudanya, bertukar kekuningan disaat tuanya..namun satu kesamaan, dedaun boleh gugur saat ia bewarna hijau atau kekuningan..tidak kira warnanya..
Ini merupakan analogi yang saya gemar untuk berkongsi bersama setelah berbual bersama seorang Pak Cik yang usianya telah menjangkau 74 tahun, namun masih lagi sihat walafiat, alhamdulillah, nak cakapnya, begitulah juga dengan manusia, ada sesetengah orang, "mindset" dan model pemikiran mereka beranggapan bahawa orang muda yang sihat, kuat lagi bertenaga, perjalanan hidup mereka nun lebih jauh lagi..ajal jauh lagi dari mereka..manakala orang tua a.k.a. berusia ni lebih dekat dengan kematian..anjakan paradigma ini sama sekali perlu diubah, ingatlah, ajal tak mengira usia..perhatikan insan-insan tersayang kita yang telah pergi menemui Penciptanya..apa-apa mereka ini semuanya berusia ? Sakit sebelum ajalnya ? Tak semestinya kan ? =)
Dedaun..bewarna hijau saat mudanya, bertukar kekuningan disaat tuanya..namun satu kesamaan, dedaun boleh gugur saat ia bewarna hijau atau kekuningan..tidak kira warnanya..
Ini merupakan analogi yang saya gemar untuk berkongsi bersama setelah berbual bersama seorang Pak Cik yang usianya telah menjangkau 74 tahun, namun masih lagi sihat walafiat, alhamdulillah, nak cakapnya, begitulah juga dengan manusia, ada sesetengah orang, "mindset" dan model pemikiran mereka beranggapan bahawa orang muda yang sihat, kuat lagi bertenaga, perjalanan hidup mereka nun lebih jauh lagi..ajal jauh lagi dari mereka..manakala orang tua a.k.a. berusia ni lebih dekat dengan kematian..anjakan paradigma ini sama sekali perlu diubah, ingatlah, ajal tak mengira usia..perhatikan insan-insan tersayang kita yang telah pergi menemui Penciptanya..apa-apa mereka ini semuanya berusia ? Sakit sebelum ajalnya ? Tak semestinya kan ? =)
Friday, 4 January 2013
Kucing Oh Kucing
Assalamualaikum..
Kucing Oh Kucing ..
Tiba-tiba terniat dihati untuk tulis perihal kucing..Saya tinggal di asrama, jadinya banyaklah makhluk-Nya bergelar kucing menumpang bersama disini..pagi tadi, sebelum solat Jumaat, melintas a.k.a. lalu lah dihadapan tandas aras tiga blok C ni, mata tiba-tiba terpana melihat dua ekor kucing sedang khusyuk makan..bukan tak selalu lihat keadaan mcm ni, entahlah, cuma pagi tadi rasa lain macam daripada biasa. Saya sempat duduk sat kat hadapan kucing-kucing tu..kasihannya, salah seekor dari kucing tu makan tulang ayam, seekor lagi berada dalam tong sampah, sedang berusaha mencari sisa-sisa makanan hasil peninggalan kami..terdetik jugok dalam hati hitam ni, "napo aku a.k.a. kami makan isi-isi ayam, ikan, tapi korang ni makan tulang-tulang yang isi-isinya kami dah baham ?"
Sebagai manusia, termasuklah saya sendiri, kenapa kita tak boleh hidup bersama-sama kucing-kucing ni dengan cara yang lebih baik ? Saya cakap macam ni bukannya bermaksud saya ni baik, tiap kali makan akan "tapaow" untuk kucing-kucing ni sekali, tak lah, saya bukan macam tu..tapi saya kira bagi kita yang mempunyai sedikit rezeki yang mungkin berlebihan, contohnya, tiba-tiba jumpo wang dalam saku baju ko, dalam poket seluar ko, dalam beg ko, tepi-tepi jalan ko, tak pom orang bagi ke kito ko, rasanya boleh je kalau kita ambil sebahagian dari rezeki tadi untuk makhluk Allah yang lain yang kita kadang-kadang terlupa akan kewujudan mereka disekeliling kito.. kecek luo doh,, ahaaha..nak cakap yang kita ni sama-sama makhluk ciptaan-Nya, tak boleh sombong-sombong ea..insyaAllah, pesanan bersama..
nah.. tengok, siap posing lagi kucing ni...perotnya bukan main besor lagi,, hahahah..kucing hok ni dah kenyang.. ahahha..banyak lagi hok tak berisi perot.. =(
Sedang cari punya cari gambar kucing, hinggap sat kat blog ni..
http://gombakmali.blogspot.com/2011/05/fakta-mengenai-kucing.html
Rupa-rupanya kucing ni tak suka makan makanan yang panas atau sejuk, nak yang sedang-sedang saja..teringat kat lagu kegemaran seseorang, "yang sedang-sedang saja, yang penting dia setia.. allalalalalalalallllalalal".. ahahha..kedua, penglihatan kucing ni lebih tajam berbanding penglihatan manusia pada waktu malam..ni sumber yang saya lihat sendiri dari salah satu rancangan "National Geographic" yang menjadi kegemaran saya sebelum menunaikan solat Isya' waktu Tingkatan 5 dulu.. hihihihi.. mcm ni, pada waktu malam, bagi kita keadaan sekeliling gelap jah tanpa apa-apa cahaya..bagi kucing, penglihatannya pada waktu malam seperti adanya cahaya bulan mengambang.. faham dop ?? ahhaha..senangnya, waktu malam kita p luar rumoh, gelap jah kan, tapi kalau ada bulan mengambang, kan nampak objek-objek di sekeliling rumoh kita tu.. jadinya, penglihatan kucing lebih jelas dari kita pada waktu malam..sebab tu kalau kita jalan-jalan tanpa sumber cahaya, kita berkemungkinan akan langgar batu, tunggul, tiang-tiang lampu atau "traffic light", tapi tak pernah lagi kita lihat kucing benjol di kepalanya sebab terlanggar sesuatu pada waktu malam,, ahahah,,
Akhir sekali, alhamdulillah, ada banyak pertubuhan yang cakna akan kehidupan kucing-kucing ni kat Malaysia..salah satu daripadanya ialah http://kakimotong.blogspot.com/ ..senang-senang tu, jum3 kita follow blog ni ea..
Kesimpulannya, manusia (kita), alam, haiwan, dan makhluk-makhluk ghaib a.k.a seni pom semuanya makhluk Allah S.W.T. Jangan kita rasa kita manusia, kita rasa kita jauh lebih baik dari makhluk-makhluk-Nya yang lain..ingatlah, kita khalifah, dikurniakan aqal untuk berfikir secara lebih baik, lebih kehadapan dan sebagai penjaga alam serta sekalian isi-isi dunia hasil pinjaman-Nya..kalau ikot ceriter Spiderman, "great power come with great responsibilities"..kebolehan yang hebat diikuti dengan tanggungjawab yang besar..
jum3..sama-sama kita fikir sat tentang tanggungjawab kita terhadap makhluk-makhluk-Nya terutama binatang bergelar kucing ni..Nabi pom sayang kucing ea.. =) hihih..siapa-siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan Kekasih-Nya.. =(
Kucing Oh Kucing ..
Tiba-tiba terniat dihati untuk tulis perihal kucing..Saya tinggal di asrama, jadinya banyaklah makhluk-Nya bergelar kucing menumpang bersama disini..pagi tadi, sebelum solat Jumaat, melintas a.k.a. lalu lah dihadapan tandas aras tiga blok C ni, mata tiba-tiba terpana melihat dua ekor kucing sedang khusyuk makan..bukan tak selalu lihat keadaan mcm ni, entahlah, cuma pagi tadi rasa lain macam daripada biasa. Saya sempat duduk sat kat hadapan kucing-kucing tu..kasihannya, salah seekor dari kucing tu makan tulang ayam, seekor lagi berada dalam tong sampah, sedang berusaha mencari sisa-sisa makanan hasil peninggalan kami..terdetik jugok dalam hati hitam ni, "napo aku a.k.a. kami makan isi-isi ayam, ikan, tapi korang ni makan tulang-tulang yang isi-isinya kami dah baham ?"
Sebagai manusia, termasuklah saya sendiri, kenapa kita tak boleh hidup bersama-sama kucing-kucing ni dengan cara yang lebih baik ? Saya cakap macam ni bukannya bermaksud saya ni baik, tiap kali makan akan "tapaow" untuk kucing-kucing ni sekali, tak lah, saya bukan macam tu..tapi saya kira bagi kita yang mempunyai sedikit rezeki yang mungkin berlebihan, contohnya, tiba-tiba jumpo wang dalam saku baju ko, dalam poket seluar ko, dalam beg ko, tepi-tepi jalan ko, tak pom orang bagi ke kito ko, rasanya boleh je kalau kita ambil sebahagian dari rezeki tadi untuk makhluk Allah yang lain yang kita kadang-kadang terlupa akan kewujudan mereka disekeliling kito.. kecek luo doh,, ahaaha..nak cakap yang kita ni sama-sama makhluk ciptaan-Nya, tak boleh sombong-sombong ea..insyaAllah, pesanan bersama..
nah.. tengok, siap posing lagi kucing ni...perotnya bukan main besor lagi,, hahahah..kucing hok ni dah kenyang.. ahahha..banyak lagi hok tak berisi perot.. =(
Sedang cari punya cari gambar kucing, hinggap sat kat blog ni..
http://gombakmali.blogspot.com/2011/05/fakta-mengenai-kucing.html
Rupa-rupanya kucing ni tak suka makan makanan yang panas atau sejuk, nak yang sedang-sedang saja..teringat kat lagu kegemaran seseorang, "yang sedang-sedang saja, yang penting dia setia.. allalalalalalalallllalalal".. ahahha..kedua, penglihatan kucing ni lebih tajam berbanding penglihatan manusia pada waktu malam..ni sumber yang saya lihat sendiri dari salah satu rancangan "National Geographic" yang menjadi kegemaran saya sebelum menunaikan solat Isya' waktu Tingkatan 5 dulu.. hihihihi.. mcm ni, pada waktu malam, bagi kita keadaan sekeliling gelap jah tanpa apa-apa cahaya..bagi kucing, penglihatannya pada waktu malam seperti adanya cahaya bulan mengambang.. faham dop ?? ahhaha..senangnya, waktu malam kita p luar rumoh, gelap jah kan, tapi kalau ada bulan mengambang, kan nampak objek-objek di sekeliling rumoh kita tu.. jadinya, penglihatan kucing lebih jelas dari kita pada waktu malam..sebab tu kalau kita jalan-jalan tanpa sumber cahaya, kita berkemungkinan akan langgar batu, tunggul, tiang-tiang lampu atau "traffic light", tapi tak pernah lagi kita lihat kucing benjol di kepalanya sebab terlanggar sesuatu pada waktu malam,, ahahah,,
Akhir sekali, alhamdulillah, ada banyak pertubuhan yang cakna akan kehidupan kucing-kucing ni kat Malaysia..salah satu daripadanya ialah http://kakimotong.blogspot.com/ ..senang-senang tu, jum3 kita follow blog ni ea..
Kesimpulannya, manusia (kita), alam, haiwan, dan makhluk-makhluk ghaib a.k.a seni pom semuanya makhluk Allah S.W.T. Jangan kita rasa kita manusia, kita rasa kita jauh lebih baik dari makhluk-makhluk-Nya yang lain..ingatlah, kita khalifah, dikurniakan aqal untuk berfikir secara lebih baik, lebih kehadapan dan sebagai penjaga alam serta sekalian isi-isi dunia hasil pinjaman-Nya..kalau ikot ceriter Spiderman, "great power come with great responsibilities"..kebolehan yang hebat diikuti dengan tanggungjawab yang besar..
jum3..sama-sama kita fikir sat tentang tanggungjawab kita terhadap makhluk-makhluk-Nya terutama binatang bergelar kucing ni..Nabi pom sayang kucing ea.. =) hihih..siapa-siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan Kekasih-Nya.. =(
Subscribe to:
Posts (Atom)