Sunday 6 September 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini hari Khamis (03.09.2015). Sungguh, malang tidak berbau. Aku telah terlibat dengan sebuah kemalangan di kilometer bla bla bla. Haha, macam pembaca berita. Hendak dipendekkan cerita, aku telah mengalami kemalangan pada tarikh di atas. Benar, aku perlu berhati-hati pada masa akan datang. Nak tahu kisahnya ?? Nak ? Jom baca.

Pada suatu hari, bunyi burung-burang berkicauan mesra. Bla bla bla. Hahaha, mengantuk ? Baik aku ringkaskan. Sebenarnya, malam tadi aku tidur jam 5.00 pagi (lebih kurang). Jadinya, bila tidur lewat, agak-agak bangun awal atau lewat jugak ? Ya betul, bangun lewat jugak. Baik, nak dipendekkan cerita, Aku bertolak dari asrama ke sekolah dalam jam 7.20 pagi. Jadinya, kalau lewat, kau nak bawak perlahan ke nak pecut ?? Hahah, kalau aku, aku bawak sedikit laju dalam 70-80 km/j. Sudah hendak sampai sekolah dalam 300 meter lagi, dengan riangnya aku tekan minyak dan dengan harapan boleh sampai sekolah sebelum jam 7.45 pagi. Kereta kancil yang kiut selari dengan aku masa tu. Aku ingat macam biasa lah, dia dengan laluan dia, aku dengan laluan aku. Tiba-tiba, (suspen ni) kereta kancil tersebut masuk ke laluan aku tanpa beri signal. Aku yang tengah riang nak sampai sekolah dalam kelajuan yang sama terkejut. Aku tekan la brek dengan mengejut sebab nak mengelak daripada langgar belakang kereta kancil tu. Tiba-tiba (alaaa, tiba-tiba lagi, hehehe), tayar moto aku tak mengcengkam jalan raya dengan baik sebab ada pasir yang berhamburan atas jalan raya tu. Dengan tidak semena-mena aku dan motosikal aku menggelepur macam ikan haruan yang masih hidup diletakkan di dalam air panas. Aku tersungkur dengan cara bahagian belakang badan jatuh terlebih dahulu. Jeng jeng jeng. Haha, alhamdulillah, aku selamat. Kalau tak, tak boleh taip ni.

Aku cedera atau tidak ? Haha, aku manusia biasa, penuh dosa, tetapi alhamdulillah, Allah masih sudi kurniakan keselamatan kepada aku. Aku hanya mengalami calar-calar ringan sahaja. Nak tengok gambar ? Ermmm. Ni gambarnya :

Kaki, cedera sikit. Allah masih sudi pinjamkan nikmat berjalan menggunakan kaki kepada aku.


Luka di telapak tangan yang sama waktu aku jatuh moto bulan 4 yang lepas.
Calar di badan. 

Siku. 



Motosikal ? A'ah, alhamdulillah, masih ada rupa motosikal lagi. Ni gambarnya :
Kepala motosikal LC135. 

Sedih, tapi tak apa, apa hikmah. Ceria. =)

Nampak sesuatu tak kena tak ? Kepala motosikal yang tak normal. Bengkok!!

Badan motosikal atau handle tu dalam keadaan lurus / normal, tapi lihatlah kedudukan tayar motosikal akibat geseran yang cukup hebat dengan permukaan jalan raya.

T yang sengit. RM RM RM RM

 Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dengan normal. Alhamdulillah.

Kawan-kawan, berhati-hati di jalan raya. =)



Saturday 5 September 2015

Assalamualaikum w.b.t.

4 Cekal dan kerenah mereka. Aku senang melihat dan menyelami dunia kanak-kanak mereka. Zaman aku ? Ya, zaman aku telah berlalu. 10 tahun yang lalu. Semoga kenangan ini kekal dalam ingatan kita.

Makan-makan. "Kak, air oreo 6."

Adha posing. Hehehehe

Kenangan. Doakan perjalanan Cikgu.

Mereka bersahabat, selamanya.

Mereka bersahabat. Selamanya.

Zulfiekry. Tengok kamera tuuuu.


Posing la.

"Cikgu, bila nak main bola ?"


Anak-anak didik. Indahnya perjalanan ini.

Ermmm.

Dan ini. Ermmmm.


Danish : "Emmm, panasnya. Maggi 2."

Siapa ambil gambar ni. Mengaku cepat !! =D

Duit siapa ni ?? Hhuuhhu

Adha !!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tanggungjawab yang telah diberi dilaksanakan semampu yang boleh. Pada hari Khamis yang lepas (27.08.2015), Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 (SKSI 4) telah mengadakan sambutan ambang kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan yang luar biasa bagi aku. Guru-gurunya sedondon berwarna merah, guru lelaki dan guru perempuan. Aku juga berbaju merah.

Sebelum ini, aku dah beritahukan, aku dipertanggungjawabkan melatih anak-anak 4 Cekal untuk persembahan lakonan bersempena sambutan ambang kemerdekaan SKSI 4 ini. Alhamdulillah, hari ini telah terlaksanalah tanggungjawab tersebut. Anak-anak 4 Cekal berusaha sehabis baik. Salute aku buat mereka.

Jom saksikan gambar !!
Sambutan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 (SKSI4)

Kami generasi pasca merdeka !!

Ermmm, tak sabarnya nak lihat persembahan.

Syakir, Firdaus dan Darwish.

Guru-guru sedondon berwarna merah.

Pari-pari kecil. Comelnya.

Tentatif program, niatnya hendak mencari giliran murid-murid 4 Cekal membuat persembahan.

Kanak-kanak pra. Comelnya. 

"Kuch kuch hotai heyy, meri zindegi ham par tum he, lalalalalal."

Lecca, lecca, lecca, lecca, hey.

Ucapan Puan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4, Puan Hajah Wan  Normah bin Wan Mustapha.

Amanat dari puan guru besar.

Gementarnya !!

Gementarnya. Hhuhuhuhuhu

Persembahan pakaian beragam mengikut kaum di Malaysia.



Sambutan kemerdekaan dari guru dan murid yang cukup meriah.



Jalur Gemilang, kami semua bersatuuuu, ............

Ramainya murid-murid.


Pakaian untuk lakonan yang telah dipakai. Tinggal menunggu giliran.


Jalur Gemilang, kami semua bersatu.............


Suasana sebelum membuat persembahan. Debar. Dup dap dup dap.

Persembahan nyanyian.

Yeay, guru besar juga turut serta.

Babak 1 : Zaman Penjajahan Jepun.

Babak 2 : Usaha Pemimpin Negara Untuk Mendapatkan Kemerdekaan Negara.

Babak 3 : Sajak Kemerdekaan.

Babak 4 : Generasi Pasca Merdeka.

Persembahan  nyanyian lagu 'Perwira.'



Qistina dalam aksi.

Bintang cilik : Amir Danish, bakal menggantikan Mawi World

Lagi sambungan bintang cilik.

"Andai, aku dibuang tak diterima, andai aku disingkirkan."

Sarjan Firdaus. Yeay,,, hhehehehe

'Aku generasi pascamerdeka.'



Nyanyian adik 3 Amanah.

Yaey, merdeka. Merdeka.

Kami akan menjaga tanah ini dengan baik. Permudahkan urusan kami ya Allah.

Merdeka !!!

Merdeka !!!!!

Yeay, perhimpunan dah habis, jommm makan.

Ini semua poyo. =D

Seusai persembahan, bergambar bersama dengan anak-anak 4 Cekal. Ya Allah, alhamdulillah kerana pertemukan kami.