Friday 4 January 2013

Kucing Oh Kucing

Assalamualaikum..

Kucing Oh Kucing ..
Tiba-tiba terniat dihati untuk tulis perihal kucing..Saya tinggal di asrama, jadinya banyaklah makhluk-Nya bergelar kucing menumpang bersama disini..pagi tadi, sebelum solat Jumaat, melintas a.k.a. lalu lah dihadapan tandas aras tiga blok C ni, mata tiba-tiba terpana melihat dua ekor kucing sedang khusyuk makan..bukan tak selalu lihat keadaan mcm ni, entahlah, cuma pagi tadi rasa lain macam daripada biasa. Saya sempat duduk sat kat hadapan kucing-kucing tu..kasihannya, salah seekor dari kucing tu makan tulang ayam, seekor lagi berada dalam tong sampah, sedang berusaha mencari sisa-sisa makanan hasil peninggalan kami..terdetik jugok dalam hati hitam ni, "napo aku a.k.a. kami makan isi-isi ayam, ikan, tapi korang ni makan tulang-tulang yang isi-isinya kami dah baham ?"


Sebagai manusia, termasuklah saya sendiri, kenapa kita tak boleh hidup bersama-sama kucing-kucing ni dengan cara yang lebih baik ? Saya cakap macam ni bukannya bermaksud saya ni baik, tiap kali makan akan "tapaow" untuk kucing-kucing ni sekali, tak lah, saya bukan macam tu..tapi saya kira bagi kita yang mempunyai sedikit rezeki yang mungkin berlebihan, contohnya, tiba-tiba jumpo wang dalam saku baju ko, dalam poket seluar ko, dalam beg ko, tepi-tepi jalan ko, tak pom orang bagi ke kito ko, rasanya boleh je kalau kita ambil sebahagian dari rezeki tadi untuk makhluk Allah yang lain yang kita kadang-kadang terlupa akan kewujudan mereka disekeliling kito.. kecek luo doh,, ahaaha..nak cakap yang kita ni sama-sama makhluk ciptaan-Nya, tak boleh sombong-sombong ea..insyaAllah, pesanan bersama..

nah.. tengok, siap posing lagi kucing ni...perotnya bukan main besor lagi,, hahahah..kucing hok ni dah kenyang.. ahahha..banyak lagi hok tak berisi perot.. =(

Sedang cari punya cari gambar kucing, hinggap sat kat blog ni..

http://gombakmali.blogspot.com/2011/05/fakta-mengenai-kucing.html

Rupa-rupanya kucing ni tak suka makan makanan yang panas atau sejuk, nak yang sedang-sedang saja..teringat kat lagu kegemaran seseorang, "yang sedang-sedang saja, yang penting dia setia.. allalalalalalalallllalalal".. ahahha..kedua, penglihatan kucing ni lebih tajam berbanding penglihatan manusia pada waktu malam..ni sumber yang saya lihat sendiri dari salah satu rancangan "National Geographic" yang menjadi kegemaran saya sebelum menunaikan solat Isya' waktu Tingkatan 5 dulu.. hihihihi.. mcm ni, pada waktu malam, bagi kita keadaan sekeliling gelap jah tanpa apa-apa cahaya..bagi kucing, penglihatannya pada waktu malam seperti adanya cahaya bulan mengambang.. faham dop ?? ahhaha..senangnya, waktu malam kita p luar rumoh, gelap jah kan, tapi kalau ada bulan mengambang, kan nampak objek-objek di sekeliling rumoh kita tu.. jadinya, penglihatan kucing lebih jelas dari kita pada waktu malam..sebab tu kalau kita jalan-jalan tanpa sumber cahaya, kita berkemungkinan akan langgar batu, tunggul, tiang-tiang lampu atau "traffic light", tapi tak pernah lagi kita lihat kucing benjol di kepalanya sebab terlanggar sesuatu pada waktu malam,, ahahah,,



Akhir sekali, alhamdulillah, ada banyak pertubuhan yang cakna akan kehidupan kucing-kucing ni kat Malaysia..salah satu daripadanya ialah http://kakimotong.blogspot.com/ ..senang-senang tu, jum3 kita follow blog ni ea..

Kesimpulannya, manusia (kita), alam, haiwan, dan makhluk-makhluk ghaib a.k.a seni pom semuanya makhluk Allah S.W.T. Jangan kita rasa kita manusia, kita rasa kita jauh lebih baik dari makhluk-makhluk-Nya yang lain..ingatlah, kita khalifah, dikurniakan aqal untuk berfikir secara lebih baik, lebih kehadapan dan sebagai penjaga alam serta sekalian isi-isi dunia hasil pinjaman-Nya..kalau ikot ceriter Spiderman, "great power come with great responsibilities"..kebolehan yang hebat diikuti dengan tanggungjawab yang besar..
jum3..sama-sama kita fikir sat tentang tanggungjawab kita terhadap makhluk-makhluk-Nya terutama binatang bergelar kucing ni..Nabi pom sayang kucing ea.. =) hihih..siapa-siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan Kekasih-Nya.. =(


2 comments:

  1. rasa tenang bila dapat bermain dengan kucing. semua masalah hilang bila tengok telatah diorang makan/main. series , seronok bila bela kucing !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2 tu..kucing ni Allah cipta dekat dan suka berada berdekatan dgn manusia, selalu berada dirumah-rumah kita, pasar malam even di hostel atau asrama, sbbnya kucing2 ni haiwan yg perlukan kasih syg dr manusia dan pd masa yg sama jugok boleh menjadi sumber ketenangan ..

      Delete