Monday 31 December 2012

Assalamualaikum..

Pagi ni 1/1/2013 (Selasa), pagi pertama untuk Tahun Baru 2013..(selamat jalan tahun 2012).. hihiihihi.. ramai orang update status kat fb tentang tahun baru..pertama sekali, alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih memberi peluang kepada kita untuk terus bernafas di muka bumi-Nya pada saat ini.. semua orang berkemungkinan mengomel tentang azam a.k.a. kemahuan/keinginan/cita-cita yang sangat kuat (sumber KDE Ke-4) yang lahir dalam diri masing-masing..

Saya akan memasuki alam 20-an menjelang 20.2 pada tahun ni..usia hanya pada angka, tapi jangan lupa, semakin meningkat usia, semakin dekat untuk kembali kepada Pencipta.. hihiihi..sebenarnya, ajal tak pernah mengenang takat usia seseorang, bila tibanya ajal, maka tercabutlah roh dari jasad..takut ?? saya sangat takut ! Kenapa ? Kerana amalan tidak pernah cukup..


2013, kau datang dengan buraian hujan yang turun membasahi a.k.a. menyirami bumi Kelantan..semalam, di dataran tempat kami selalu membeli kemudian belah (Pantai Timur), ditenggelami air pasang, rasa-rasanya air bertakung sebab Mc Donald baru yang dibina berkemungkinan menyebabkan sistem perparitan tersumbat a.k.a. menjadi sempit..entahlah..(kang kena saman aku cakap ikut sedap je),, hihihihih..

Semua ada azam baru, dua tiga hari sebelum ke sini semula, saya pom ada memasang satu azam.. azam ini lahir dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang risau akan kondisi saya pada semester lepas yang agak "paroh".. hihihiih.. akibat terlalu bergantung dengan manusia, saya menjadi lemah tatkala tiang sandaran saya runtuh.. saya berusaha untuk tegakkan tiang ni mule, tapi, tapi, tapi, alasan la ni kalau banyak sangat tapi-tapi, huahuahuahua.. tapi memang tak boleh ditegakkan semula..sebab kalau berjaya sekalipun ditegakkan, kayunya dah uzur, dua tiga bulan akan runtuh lagi..saya ambil inisiatif untuk robohkan tiang ni, dan tahan dengan tangan saya sendiri beban yang selalu ditahan oleh tiang tersebut..saat ini, memang sukar, tapi insyaAllah, lama kelamaan akan terbiasalah..mohon doanya ea.. =) faham ke dop analogi ni ??? hihihihi..tak faham, buat-buat faham la ea..

Subhanallah..jum3, sama-sama kita bersabar dengan semua dugaan Allah ke atas kita..setiap sesuatu yang berlaku tidak seperti kemahuan hati kita, itu merupakan kifarah (penyucian dosa) kita.. Allah ingat kita lagi, maksudnya Allah masih prihatin lagi..jangan sampai kita tidak diendahkan oleh-Nya..saat itulah bila kurangnya ujian, makan kuranglah kebergantungan kita kepada Maha Pencipta atau dengan kata mudohnya, senang lalai dengan kemewahan dunia, hingga lupa pada Pengurnianya..

Kesimpulannya, tahun baru 2013 ni, Allah belum kiamatkan lagi dunia..alhamdulillah..sempat lagi rasanya untuk kita sama-sama perbaiki diri, jauhi perkara mungkar dan keji, tingkatkan kebergantungan pada Ilahi dengan cara selalu berdoa bagi menyucikan dan melembutkan hati yang kian malap dari hari ke hari .. salam ukwah lillahita'ala kepada saudara seaqidah, sepegangan, seiring dan sejalan, seindah bunga ditaman, laaa nyanyi plop dah.. ahahaha..
Assalamualaikum..

Malam ni, malam tahun baru (2013).. dari apa yang saya dengar, 9 bulan dari sekarang, akan berkumandanglah seruan pemberita dari corong-corong radio, peti-peti telivisyen berkaitan kes-kes (bila perkataan "kes" digandakan, ini merujuk kepada maksud jamak atau banyak, lebih dari satu, dan bila saya jamakkan perkataan ini, maksudnya banyak, memang banyak, bukan nak berdoa, tapi itulah realiti, nauzubillahiminzalik) pembuangan bayi atau janin. Janin bermaksud (KDE Ke-4) (mudghah) atau manusia yang cukup sifat yang masih dalam kandungan. Bayi a.k.a janin ni sama ada disembunyikan kelahirannya kerana malu akan dosa-dosa besar yang telah dilakukan iaitu zina, dan akan dibuang secara sesuka hati, ikut kehendak hati ..kalau si "ibu", (entahlah kalau layak dipanggil ibu) ada rasa sedikit rasa belas dalam diri, mungkin bayi ini akan diletakkan ditepi-tepi rumah orang lain, tepi masjid atau tepi rumah anak-anak yatim..kalau yang memang tak berperikemanusiaan, adalah kita saksikan bayi a.k.a janin ni main sorok-sorok tepi longkang, tapi parit, tepi pokok keladi, dalam tandas, dalam lubang tandas, dalam tong sampah, dalam beg plastik, dalam tanah, dalam besen, dalam dalam dalam dalam dan dalam-dalam apa-apa yang boleh dijadikan medium untuk menyembunyikan kewujudan bayi tak berdosa ni.. 

Saya bukan mencoret perkara atau tajuk ni sebab saya fikir bahawa saya baik, bagus a.k.a jantan lebih untuk berani bercakap soal isu masyarakat ni.. tapi atas kesedaran kendiri bagi sama-sama berkongsi makalah kehidupan yang kian berundur ke zaman jahiliyah semula.. kalau zaman-zaman dahulu, ilmu tak disebarkan, radio, telivisyen, internet, facebook, blog dan twitter tak dop.. sekarang semua ada,, kata iklan Astro: macam-macam adaa.. hahaha.. jadi tak de alasan nak buat perkara-perkara terkutuk ni lagi.. 

Couple ?? Siapa tak nak kan ? Tapi, ni adalah antara (apabila saya taip a.n.t.a.r.a., bermaksud pembuangan bayi a.k.a janin ni bukan satu-satunya kesan bercouple ea) kesannya kalau bercouple.. ihhihi..pesanan bersama..lumrah manusiawi, selalu nak berpasang-pasangan..kena bijak urus perasaan ni ea..

Bukan sahaja disebabkan tahun baru, tetapi sambutan hari Valentine a.k.a Hari Kekasih, hari Kemerdekaan, hari hari hari (bukan gedung pakaian hari-hari ea.. huahuahuahua..) dan hari-hari yang seerti dengannya juga menyumbang kepada permasalahan ini,, amboii..ingat karangan aku Form 4,, ahhahahahah.. tapi nak cakap, sesuatu peristiwa tu tak semestinya disambut dengan cara yang haram, bercampur antara lelaki dan perempuan di tempat yang terbuka pada jam 12.00 tengah malam.. salah tu..kita boleh sama-sama sambut dirumah dengan mengadakan bacaan yassin sebagai tanda kesyukuran kerana Dia telah panjangkan umur kita semua ni..dan saya kira, lebih bermanfaat dan berfaedah disamping ganjaran pahala yang boleh diraih..

Sebagai anak, saya punya adik perempuan, kakak dan ibu..saya tak naklah mereka ni diperlakukan sewenang-wenangnya oleh lelaki yang tak molek..untuk elak dari perkara ni berlaku terhadap ahli-ahli keluarga saya, perkara yang saya kena pastikan ialah SAYA TAK BOLEH BUAT PERKARA HARAM TERHADAP MUSLIMAT LAIN..sebab apa ?? sebab Allah Maha Bijaksana..senang sahaja kalau Dia nak terbalikkan situasi, dengan kata mudahnya, "saya boleh buat kat adik perempuan, kakak-kakak dan ibu-ibu orang lain, kenapa orang lain tak boleh buat perkara yang sama terhadap ahli-ahli keluarga saya"..faham dop ??? hihihihi..faham lah kot, kalau nak senang lagi, "aku buat orang, orang pom boleh buat kat aku"...ahahaha..

Buat lelaki, termasuklah saya sendiri, ketahuilah bahawa bumi ini berputar pada paksi..matahari terbit dari timur ke barat.. air ada pasang dan surutnya..hari ada siang dan malamnya..sebelum kondisi berubah, bumi tidak lagi mengikut aturan dengan izin-Nya, matahari terbit dari barat, air pasang atau surut je memanjang, dan hari malam atau siang je dengan izin-Nya, sedarlah wahai ummat akhir zaman..jangan dilayan nafsu dan gedik godaan syaitan untuk tabik dan patuh padanya, jangan dibuang kewarasan akal dan niqmat iman yang kita miliki ke dalam kesunyian dan mengutipnya kembali dalam keramaian, jangan dibiar Islam yang diwarisi dari tumpahnya darah para syahid/syuhada sebelum kita begitu sahaja, jangan diconteng arang ke muka ibu bapa yang telah membesarkan kita, jangan dibiar si ibu yang perih dan perit mengandungkan kita 9bulan 9 hari berkata "bila kecik-kecik, tak nak mati kering" atau lebih teruk lagi "menyesal aku mengandungkan kau si polan " atau jauh lebih teruk " aku sumpah kau jadi batu belah batu bertangkup"..jangan dibiar bapa yang gigih mencari nafkah keluarga menangis dalam diam, jangan dibiar adik-adik, kakak-kakak atau abang-abang kita kecewa dengan kita.. ayuhlah..jika ada di antara kita ingin melakukan maksiat ini, tak salah untuk bertaubat..kembali ke pangkuan-Nya..pintu taubat-Nya terbuka luas untuk kita semua selagi nyawa belum berada di halqum atau sebelum tibanya hari pengakhiran.. 

Pada malam tahun baru ni, sama-samalah kita muhasabah diri..jangan di follow kata hati, nanti kesannya menghororkan diri.. hihihihi.. saya pom tak pernah sempurna, tetapi kalau nak tunggu sempurna baru boleh bagi nasihat, tak akan ada nasihat yang diberikan, kerana kita manusia tidak ada yang sempurna..

Salam muhasabah dari hati kecil ini bagi meke-meke yang menyelinap ke blog ni.. tak salah kalau demo luangkan sikit masa untuk berteleku mengenang apa yang hendak dibuat atau telah dibuat semasa tahun 2012 dan tahun 2013 yang telah membuka tirainya pagi ini..salam tahun baru semua.. =)

Sunday 30 December 2012

Orang asing = kawan/teman/sahabat ???

Assalamualaikum...

wakakakkakakakakakakakakaka....takde kerja lain laa ni.. hahahahahahahh.. memandangkan kehadiran kerja-kerja kursus berkemungkinan lama lagi, sebabnya minggu pertama untuk program Ijazah akan dimulakan dengan orientasi, saya ada banyak masa untuk menulis atau dalam bahasa Sarawak kami "memoret" dalam blog yang miskin dengan post ni.. ihhiihi

sebenarnya, jeng3.. saat ni terfikir nak coret sedikit berkaitan sahabat..

semua diantara kita perlukan insan yang bergelar kawan/teman/sahabat/ atau apa-apa gelaran yang diberikan dari sudut bahasa untuk merujuk kepada manusia asing (bukannya makhluk asing ea) yang hadir dalam hidup kita dan berada disamping kita saat susah dan senang.. insan ini walaupun pada mulanya asing dan dianggap pendatang baharu dalam lingkaran hidup kita, namun setelah melalui banyak peristiwa, pengalamanketika melalui hari-hari bersama, akhirnya akan melahirkan rasa sayang, ingin selalu bersama, dan tercari-cari saat berjauhan.. pelik ?? memang pelik !! macam mane orang asing tiba-tiba boleh melahirkan rasa-rasa tersebut dalam diri kita.. kan3 ? itulah namanya kekuatan dan keinginan untuk bersama orang lain yang memahami diri kita..lumrah dalam kehidupan, memang inginkannya..siapa boleh hidup seorang-seorang, saya percaya tiada siapa pom, kalau kita lihat orang-orang disekeliling kita, katakan bahawa dia keseorangan, kita akan mengadili dengan mengatakan bahawa "dia ni gemar atau selesa kalau hidup sendiri a.k.a. berseorangan".. salah tu sahabat-sahabiah sekalian..mereka yang seperti ini (termasuklah saya sendiri) belom lagi menjumpai orang asing yang bakal diberi gelaran kawan/teman/sahabat tu.. bukannya takot untuk memulakan persahabatan, tetapi tiada keyakinan diri..

Cuba kita perhatikan bait-bait ayat di atas.. "

"nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh..
jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersunguh-sungguh.."

Subhanallah..hebatnya bait-bait ayat di atas disusun..bagi mereka yang bersahaja, biasa-biasa sahaja ayat tersebut dicerna dalam minda, tapi, bagi mereka yang sedang mencari hadirnya insan bergelar kawan/teman/sahabat tersebut, memang luar biasa.. bait-bait kata tersebut akan dicerna dengan elok dan difahami dengan jelas..

Apa-apa pom, nikmat ini dianugerahkan oleh-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki sahaja..mungkin saya tidak layak lagi memilikinya.. kalau nak cakap, tak pernah ada kawan/teman, tipula kan.. alhamdulillah.. Allah dah kurniakan..cuma masih kekosongan untuk insan bergelar sahabat..

JENG3....

Jum3 layan sekejap lagu "Sahabat Sejati" dari kumpulan UNIC ni..


Kesimpulannya, tiada sesiapa pom nak hidup secara tunggal yakni keseorangan..janganlah bangga dengan kondisi jaringan sahabat-sahabat yang kita miliki sekarang sekaligus menyingkirkan mereka yang kurang bernasib baik..Allah kan Maha Pemurah..Dialah yang maha membolakbalikkan hati-hati hamba-hamba-Nya.. insyaAllah semoga kita semua memiliki insan mulia bergelar sahabat.. sikit lagi.. ada titipan dari penaja..jum2 kita sama-sama amalkan doa Rabitah ni..

Allahumma innaka ta’lamu anna haadzihil qulub, qodij tama’at ‘ala mahabbatik, wal taqot ‘ala thoatik, wa ta wahadat ‘ala daqwatik, wa ta’ahadat ‘ala nasyroti syari’atik, fawasy syikil laahumma robithotaha wa adim wuddaha, wahdiha subullaha, wamla’ha bi nuurikal ladzi laa yahbu, wasyroh suduroha bi faidil iimaanibik


Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini, Telah berkumpul kerna kasihkan-Mu, Bertemu dan patuh pada-Mu, Bersatu memikul dakwah-Mu, Hati-hati ini telah berjanji setia, Mendaulat dan menyokong syariat-Mu, Maka eratkanlah akan ikatannya, Kekalkan kemesraan hati ini, Tunjukkan ia, jalan yang sebenar, Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu, Yang tak pernah padam dan lapangkanlah dengan iman.
Assalamualaikum..
Lama benar  rasanya tak mencoret apa-apa di blog yang dah lama sangat kesunyian ni.. mula-mula bila buat blog, rasa best, macam-macam nak letak atau diceritakan..tiba-tiba bila "diserang" dengan kesibukan lantaran kerja-kerja kursus yang tak pernah mengenang erti kemanusiaan, saya pom terlupe.. "aikkkkk, saya punyer blog rupenyerrrrrrrr"... wakakakakakkaka..


Subuh-subuh ni, tiba-tiba tergerak hati untuk tulis sesuatu pasal "shisha".. saya ni baru je lepas cuti semester 3 dan alhamdulillah dah selesai program persediaan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPIMP).. kalau saya lulus ujian pada bulan 10 (Oktober) yang lepas, insyaAllah, boleh naik program ijazah..

kembali dengan tajuk shisha, waktu cuti dulu, saya ada jugak hisap a.k.a. sedut shisha ni.. macam ni, saya ada seorang abang saudara mengaji atau belajar di UAI, hehehe.. UIA laaaa.. sebelum sampai kelantan 27hb yang lepas, sempat jugak berbincang sikit dengan beliau tentang perbezaan sistem akademik di sana dan di maktab ni.. barulah saya sedar yang banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh kerajaan ke atas sistem pengajaran dan pembelajaran di maktab.. uppppppsss.. wakakakakak.. selesai je bercakap, abg Daus (nama abang tu) pom suruh saya cuba shisha yang dah disediakan oleh suami kepada anak Anjang yang merupakan kakak kepada Abah (peningnye nak xplain sal hubungan ni) ..saya cakap tak nak lah (tapi sebenarnye nak jugok cuba, sebab abang Daus cakap, shisha tak bahaya macam rokok, sebab nikotine dalam bahan perasa yang dipilih ditapis oleh air yang ada kat bawah balang shisha tu..saya ni tak pernah lagi dengar "nate" ni,, ahahhahaha.. bila tengok beliau sedut, urghhhhhhhhhhhhhhhh.. "aku mesti cube ni".. ahhahahahah.. bila dah cuba, sedut dua tiga kali, keluarlah asap berkepul-kepul dari mulut dan sikit-sikit dari lubang hidung ..saya tak pernah merokok sebelum ni, jadi memang kekok.. ahhahaha.. dah tu, tak nak lagi cuba sedut "nate" ni,,

bila balik maktab, sedang seronok berfb, tiba-tiba ada link tentang shisha.. aduhhhhhhhh.. naik pening jugak dibuatnya.. hari tu cakap shisha ok je.. bila baca hukum menghisap shisha ni dari Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) dari link ni

http://muis.ismaweb.net/2010/04/hukum-hisap-shisha/?fb_action_ids=550529511640563&fb_action_types=og.likes&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582

jeng3...jenal, apa kau dah buat ni ????????????/ hahahahhah..
tapi tak pe lah.. belajar dari kesilapan..

kesimpulannya, kalau dah bodoh a.k.a kurang bijak ni, jangan main ikot je cakap org lain.. ahahhaha.. kena ada pendirian sendiri.. dah lerrr... perkara daj jadi kan, nak buat guane..opppss.. keluar ganu plop.. buat sahabat-sahabiah yang lain, kalau dah klik link kat atas tu, baca la sampai habis ea.. seronok sebenarnye.. boleh tambah-tambah maklumat.. selamat membaca.. =)


Sunday 22 January 2012

Masa dan Ruang..

Hari itu, aku masih ingat,
Bertapa ianya masih jelas,
Seperti baru semalam ia berlaku,
Dalam diari hidupku..
Dentuman pilu mulai menghantui,
Air yang terlalu mahal harganya untuk ku biarkan terjatuh,
Kini seperti titis-titis hujan yang turun menyembah bumi,
Kau terkulai dalam esakkan,
Esakkan yang berasal daripada rasa kebahagiaan,
Yang terjalin erat dalam susun galur kata, iaitu:
                                                                            PERSAHABATAN..
Demi kata keramat itu,
Dimulai dengan saat pertemuan,
Pertemuan yang menuntut keberanian,
Untuk meruahkan kata-kata azimat pembuka bicara,
Yang menjadi dasar kepada hubungan kita kini..

Hari-hari yang berlalu,
Masih ligat kisah-kisah kita diputarkan,
Oleh piring hitam ingatan,
Dan kaset-kaset impian..

Mengiringinya ialah gelak tawa,
Tatkala digeletek perkara lampau,
Yang menambaheratkan lagi tali ini,
Tali persahabatan..

Demi kata keramat itu juga,
Diakhiri dengan jalur perpisahan,
Yang azalinya tidak bisa dirobek dari kebenaran,
Yang menguji pautan persahabatan,
Diantara kita..

Titis air matamu semakin sarat,
Membanjiri terus kolam kenangan,
Yang terbina oleh masa dan ruang,
Digilap dengan keikhlasan..

Tetapi oleh masa dan ruang jugalah kita dipisahkan,
Bertapa aku membenci masa yang berlalu pergi,
Bertapa aku meragui ruang itu akan di isi,
Oleh insan sepertimu lagi..

Kini bertahun telah berlalu pergi,
Mungkin kau anggap telah menghakis sejarah kita,
Oleh sesuatu yang bergelar masa dan ruang,
Yang menemukan dan juga memisahkan..

Demi Allah,
Aku tidak akan pernah lupa, alpa dan kecewa,
Lupa akan kebaikan dirimu,
Alpa akan pesananmu,
Dan kecewa dengan pertemuan kita itu..

Pastinya,
Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
Waima aku tidak berpeluang menemuimu,
Tetapi aku menjumpai berlian yang sesinar dirimu,
Yang bakal mengisi ruang,
Yang bakal memamah masa bersamaku,
Dalam satu lagi bab dalam diari hidupku..

                                                                                                                   Nukilan: Seniman Sastera

Biarlah..

Bismillahirahmannirahim,
Aku mulakan lakaran ceritera hidupku dengan nama-Mu YA Allah,
Mudah-mudahan redha dan rahmat-Mu kuperolehi,
Demi melayari gelora kehidupan yang pasti menuntut keimanan, ketaqwaan dan kesabaran..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Bantulah aku demi berpaut diranting yang utuh,
Demi sayap yang terbang nun jauh,
Tetapi, kekal di landasan-Mu yang teguh,
Bukannya diperahu yang rapuh..
Demi-Mu Ya Allah,
Aku pasrah dan berteleku di tepian,
Mengenang nasib yang tidak siapa pun yang tahu,
Menanam daun-daun ketabahan dan akar-akar kekuatan,
Demi manjunjung baja kebahagiaan..
Ya Allah,
Hari-hari yang semakin cepat berlalu,
Mengajar aku bertapa manusia sepertiku leka,
Leka dengan pengaruh barat dan globalisasi,
Yang menjerat erat kakiku, tanpa aku sendiri menyedari,
Lepaskanlah aku dari terus dibelenggu ikatan ini,
Ikatan yang tidak kenal erti kemanusiaan,
Ikatan yang hanya bisa dirungkai,
Oleh titis-titis air dari rahmat-Mu yang terlalu jauh dariku..
Demi Allah,
Ya, aku mahu Ya Allah,
Cahaya keredhaan dan petunjuk dari-Mu,
Agar aku bisa berteleku dengan tenang,
Dan terus bangkit demi menegakkan tiang yang utuh, kukuh dan padu,
Tiang agama-Mu, tiang agama kami, ISLAM !!!
Dan terakhir kalinya,
Biarlah, apabila senja mulai melabuhkan tirainya,
Hembusan angin terasa amat sejuknya,
Bunyi-bunyi kesibukkan dunia mulai berhenti dari kebiasaanya,
Biarlah, 
Biarlah aku terbangun dari jasadku,
                                                         dengan keimanan dan ketaqwaan yang penuh,                     
                                                         dibuku catatan-Mu..