Saturday 5 September 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, tanggungjawab yang telah diberi dilaksanakan semampu yang boleh. Pada hari Khamis yang lepas (27.08.2015), Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 (SKSI 4) telah mengadakan sambutan ambang kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan yang luar biasa bagi aku. Guru-gurunya sedondon berwarna merah, guru lelaki dan guru perempuan. Aku juga berbaju merah.

Sebelum ini, aku dah beritahukan, aku dipertanggungjawabkan melatih anak-anak 4 Cekal untuk persembahan lakonan bersempena sambutan ambang kemerdekaan SKSI 4 ini. Alhamdulillah, hari ini telah terlaksanalah tanggungjawab tersebut. Anak-anak 4 Cekal berusaha sehabis baik. Salute aku buat mereka.

Jom saksikan gambar !!
Sambutan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 (SKSI4)

Kami generasi pasca merdeka !!

Ermmm, tak sabarnya nak lihat persembahan.

Syakir, Firdaus dan Darwish.

Guru-guru sedondon berwarna merah.

Pari-pari kecil. Comelnya.

Tentatif program, niatnya hendak mencari giliran murid-murid 4 Cekal membuat persembahan.

Kanak-kanak pra. Comelnya. 

"Kuch kuch hotai heyy, meri zindegi ham par tum he, lalalalalal."

Lecca, lecca, lecca, lecca, hey.

Ucapan Puan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4, Puan Hajah Wan  Normah bin Wan Mustapha.

Amanat dari puan guru besar.

Gementarnya !!

Gementarnya. Hhuhuhuhuhu

Persembahan pakaian beragam mengikut kaum di Malaysia.



Sambutan kemerdekaan dari guru dan murid yang cukup meriah.



Jalur Gemilang, kami semua bersatuuuu, ............

Ramainya murid-murid.


Pakaian untuk lakonan yang telah dipakai. Tinggal menunggu giliran.


Jalur Gemilang, kami semua bersatu.............


Suasana sebelum membuat persembahan. Debar. Dup dap dup dap.

Persembahan nyanyian.

Yeay, guru besar juga turut serta.

Babak 1 : Zaman Penjajahan Jepun.

Babak 2 : Usaha Pemimpin Negara Untuk Mendapatkan Kemerdekaan Negara.

Babak 3 : Sajak Kemerdekaan.

Babak 4 : Generasi Pasca Merdeka.

Persembahan  nyanyian lagu 'Perwira.'



Qistina dalam aksi.

Bintang cilik : Amir Danish, bakal menggantikan Mawi World

Lagi sambungan bintang cilik.

"Andai, aku dibuang tak diterima, andai aku disingkirkan."

Sarjan Firdaus. Yeay,,, hhehehehe

'Aku generasi pascamerdeka.'



Nyanyian adik 3 Amanah.

Yaey, merdeka. Merdeka.

Kami akan menjaga tanah ini dengan baik. Permudahkan urusan kami ya Allah.

Merdeka !!!

Merdeka !!!!!

Yeay, perhimpunan dah habis, jommm makan.

Ini semua poyo. =D

Seusai persembahan, bergambar bersama dengan anak-anak 4 Cekal. Ya Allah, alhamdulillah kerana pertemukan kami.

No comments:

Post a Comment