Monday 31 December 2012

Assalamualaikum..

Malam ni, malam tahun baru (2013).. dari apa yang saya dengar, 9 bulan dari sekarang, akan berkumandanglah seruan pemberita dari corong-corong radio, peti-peti telivisyen berkaitan kes-kes (bila perkataan "kes" digandakan, ini merujuk kepada maksud jamak atau banyak, lebih dari satu, dan bila saya jamakkan perkataan ini, maksudnya banyak, memang banyak, bukan nak berdoa, tapi itulah realiti, nauzubillahiminzalik) pembuangan bayi atau janin. Janin bermaksud (KDE Ke-4) (mudghah) atau manusia yang cukup sifat yang masih dalam kandungan. Bayi a.k.a janin ni sama ada disembunyikan kelahirannya kerana malu akan dosa-dosa besar yang telah dilakukan iaitu zina, dan akan dibuang secara sesuka hati, ikut kehendak hati ..kalau si "ibu", (entahlah kalau layak dipanggil ibu) ada rasa sedikit rasa belas dalam diri, mungkin bayi ini akan diletakkan ditepi-tepi rumah orang lain, tepi masjid atau tepi rumah anak-anak yatim..kalau yang memang tak berperikemanusiaan, adalah kita saksikan bayi a.k.a janin ni main sorok-sorok tepi longkang, tapi parit, tepi pokok keladi, dalam tandas, dalam lubang tandas, dalam tong sampah, dalam beg plastik, dalam tanah, dalam besen, dalam dalam dalam dalam dan dalam-dalam apa-apa yang boleh dijadikan medium untuk menyembunyikan kewujudan bayi tak berdosa ni.. 

Saya bukan mencoret perkara atau tajuk ni sebab saya fikir bahawa saya baik, bagus a.k.a jantan lebih untuk berani bercakap soal isu masyarakat ni.. tapi atas kesedaran kendiri bagi sama-sama berkongsi makalah kehidupan yang kian berundur ke zaman jahiliyah semula.. kalau zaman-zaman dahulu, ilmu tak disebarkan, radio, telivisyen, internet, facebook, blog dan twitter tak dop.. sekarang semua ada,, kata iklan Astro: macam-macam adaa.. hahaha.. jadi tak de alasan nak buat perkara-perkara terkutuk ni lagi.. 

Couple ?? Siapa tak nak kan ? Tapi, ni adalah antara (apabila saya taip a.n.t.a.r.a., bermaksud pembuangan bayi a.k.a janin ni bukan satu-satunya kesan bercouple ea) kesannya kalau bercouple.. ihhihi..pesanan bersama..lumrah manusiawi, selalu nak berpasang-pasangan..kena bijak urus perasaan ni ea..

Bukan sahaja disebabkan tahun baru, tetapi sambutan hari Valentine a.k.a Hari Kekasih, hari Kemerdekaan, hari hari hari (bukan gedung pakaian hari-hari ea.. huahuahuahua..) dan hari-hari yang seerti dengannya juga menyumbang kepada permasalahan ini,, amboii..ingat karangan aku Form 4,, ahhahahahah.. tapi nak cakap, sesuatu peristiwa tu tak semestinya disambut dengan cara yang haram, bercampur antara lelaki dan perempuan di tempat yang terbuka pada jam 12.00 tengah malam.. salah tu..kita boleh sama-sama sambut dirumah dengan mengadakan bacaan yassin sebagai tanda kesyukuran kerana Dia telah panjangkan umur kita semua ni..dan saya kira, lebih bermanfaat dan berfaedah disamping ganjaran pahala yang boleh diraih..

Sebagai anak, saya punya adik perempuan, kakak dan ibu..saya tak naklah mereka ni diperlakukan sewenang-wenangnya oleh lelaki yang tak molek..untuk elak dari perkara ni berlaku terhadap ahli-ahli keluarga saya, perkara yang saya kena pastikan ialah SAYA TAK BOLEH BUAT PERKARA HARAM TERHADAP MUSLIMAT LAIN..sebab apa ?? sebab Allah Maha Bijaksana..senang sahaja kalau Dia nak terbalikkan situasi, dengan kata mudahnya, "saya boleh buat kat adik perempuan, kakak-kakak dan ibu-ibu orang lain, kenapa orang lain tak boleh buat perkara yang sama terhadap ahli-ahli keluarga saya"..faham dop ??? hihihihi..faham lah kot, kalau nak senang lagi, "aku buat orang, orang pom boleh buat kat aku"...ahahaha..

Buat lelaki, termasuklah saya sendiri, ketahuilah bahawa bumi ini berputar pada paksi..matahari terbit dari timur ke barat.. air ada pasang dan surutnya..hari ada siang dan malamnya..sebelum kondisi berubah, bumi tidak lagi mengikut aturan dengan izin-Nya, matahari terbit dari barat, air pasang atau surut je memanjang, dan hari malam atau siang je dengan izin-Nya, sedarlah wahai ummat akhir zaman..jangan dilayan nafsu dan gedik godaan syaitan untuk tabik dan patuh padanya, jangan dibuang kewarasan akal dan niqmat iman yang kita miliki ke dalam kesunyian dan mengutipnya kembali dalam keramaian, jangan dibiar Islam yang diwarisi dari tumpahnya darah para syahid/syuhada sebelum kita begitu sahaja, jangan diconteng arang ke muka ibu bapa yang telah membesarkan kita, jangan dibiar si ibu yang perih dan perit mengandungkan kita 9bulan 9 hari berkata "bila kecik-kecik, tak nak mati kering" atau lebih teruk lagi "menyesal aku mengandungkan kau si polan " atau jauh lebih teruk " aku sumpah kau jadi batu belah batu bertangkup"..jangan dibiar bapa yang gigih mencari nafkah keluarga menangis dalam diam, jangan dibiar adik-adik, kakak-kakak atau abang-abang kita kecewa dengan kita.. ayuhlah..jika ada di antara kita ingin melakukan maksiat ini, tak salah untuk bertaubat..kembali ke pangkuan-Nya..pintu taubat-Nya terbuka luas untuk kita semua selagi nyawa belum berada di halqum atau sebelum tibanya hari pengakhiran.. 

Pada malam tahun baru ni, sama-samalah kita muhasabah diri..jangan di follow kata hati, nanti kesannya menghororkan diri.. hihihihi.. saya pom tak pernah sempurna, tetapi kalau nak tunggu sempurna baru boleh bagi nasihat, tak akan ada nasihat yang diberikan, kerana kita manusia tidak ada yang sempurna..

Salam muhasabah dari hati kecil ini bagi meke-meke yang menyelinap ke blog ni.. tak salah kalau demo luangkan sikit masa untuk berteleku mengenang apa yang hendak dibuat atau telah dibuat semasa tahun 2012 dan tahun 2013 yang telah membuka tirainya pagi ini..salam tahun baru semua.. =)

No comments:

Post a Comment