Sunday 30 December 2012

Orang asing = kawan/teman/sahabat ???

Assalamualaikum...

wakakakkakakakakakakakakaka....takde kerja lain laa ni.. hahahahahahahh.. memandangkan kehadiran kerja-kerja kursus berkemungkinan lama lagi, sebabnya minggu pertama untuk program Ijazah akan dimulakan dengan orientasi, saya ada banyak masa untuk menulis atau dalam bahasa Sarawak kami "memoret" dalam blog yang miskin dengan post ni.. ihhiihi

sebenarnya, jeng3.. saat ni terfikir nak coret sedikit berkaitan sahabat..

semua diantara kita perlukan insan yang bergelar kawan/teman/sahabat/ atau apa-apa gelaran yang diberikan dari sudut bahasa untuk merujuk kepada manusia asing (bukannya makhluk asing ea) yang hadir dalam hidup kita dan berada disamping kita saat susah dan senang.. insan ini walaupun pada mulanya asing dan dianggap pendatang baharu dalam lingkaran hidup kita, namun setelah melalui banyak peristiwa, pengalamanketika melalui hari-hari bersama, akhirnya akan melahirkan rasa sayang, ingin selalu bersama, dan tercari-cari saat berjauhan.. pelik ?? memang pelik !! macam mane orang asing tiba-tiba boleh melahirkan rasa-rasa tersebut dalam diri kita.. kan3 ? itulah namanya kekuatan dan keinginan untuk bersama orang lain yang memahami diri kita..lumrah dalam kehidupan, memang inginkannya..siapa boleh hidup seorang-seorang, saya percaya tiada siapa pom, kalau kita lihat orang-orang disekeliling kita, katakan bahawa dia keseorangan, kita akan mengadili dengan mengatakan bahawa "dia ni gemar atau selesa kalau hidup sendiri a.k.a. berseorangan".. salah tu sahabat-sahabiah sekalian..mereka yang seperti ini (termasuklah saya sendiri) belom lagi menjumpai orang asing yang bakal diberi gelaran kawan/teman/sahabat tu.. bukannya takot untuk memulakan persahabatan, tetapi tiada keyakinan diri..

Cuba kita perhatikan bait-bait ayat di atas.. "

"nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang soleh..
jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersunguh-sungguh.."

Subhanallah..hebatnya bait-bait ayat di atas disusun..bagi mereka yang bersahaja, biasa-biasa sahaja ayat tersebut dicerna dalam minda, tapi, bagi mereka yang sedang mencari hadirnya insan bergelar kawan/teman/sahabat tersebut, memang luar biasa.. bait-bait kata tersebut akan dicerna dengan elok dan difahami dengan jelas..

Apa-apa pom, nikmat ini dianugerahkan oleh-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki sahaja..mungkin saya tidak layak lagi memilikinya.. kalau nak cakap, tak pernah ada kawan/teman, tipula kan.. alhamdulillah.. Allah dah kurniakan..cuma masih kekosongan untuk insan bergelar sahabat..

JENG3....

Jum3 layan sekejap lagu "Sahabat Sejati" dari kumpulan UNIC ni..


Kesimpulannya, tiada sesiapa pom nak hidup secara tunggal yakni keseorangan..janganlah bangga dengan kondisi jaringan sahabat-sahabat yang kita miliki sekarang sekaligus menyingkirkan mereka yang kurang bernasib baik..Allah kan Maha Pemurah..Dialah yang maha membolakbalikkan hati-hati hamba-hamba-Nya.. insyaAllah semoga kita semua memiliki insan mulia bergelar sahabat.. sikit lagi.. ada titipan dari penaja..jum2 kita sama-sama amalkan doa Rabitah ni..

Allahumma innaka ta’lamu anna haadzihil qulub, qodij tama’at ‘ala mahabbatik, wal taqot ‘ala thoatik, wa ta wahadat ‘ala daqwatik, wa ta’ahadat ‘ala nasyroti syari’atik, fawasy syikil laahumma robithotaha wa adim wuddaha, wahdiha subullaha, wamla’ha bi nuurikal ladzi laa yahbu, wasyroh suduroha bi faidil iimaanibik


Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini, Telah berkumpul kerna kasihkan-Mu, Bertemu dan patuh pada-Mu, Bersatu memikul dakwah-Mu, Hati-hati ini telah berjanji setia, Mendaulat dan menyokong syariat-Mu, Maka eratkanlah akan ikatannya, Kekalkan kemesraan hati ini, Tunjukkan ia, jalan yang sebenar, Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu, Yang tak pernah padam dan lapangkanlah dengan iman.

No comments:

Post a Comment