Thursday 27 August 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Proses pengajaran dan pembelajaran selepas waktu sekolah boleh dilakukan dengan banyak cara. Salah satunya adalah dengan menghias kelas. Sepanjang proses ini berlaku, pelbagai nilai kira boleh terapkan kepada murid-murid. Kita juga boleh mengenali mereka dengan lebih rapat, dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid.

Hari ini, aku mengambil inisiatif untuk menghias kelas bersama murid-murid 4 Cekal. Mereka sangat seronok, dan lillahitaala, aku juga sangat seronok ! Usaha ini ditamatkan pada hari ini sekitar jam 5 petang, dan akan disambung pada hari-hari yang lain. Seusai beraktiviti, kami bermain bola sepak di padang sekolah. Ya, aku juga pernah menjadi kanak-kanak, dan aktiviti seperti ini aku senangi.
Mari mewarnakan batu.

Seronoknya, murid-murid perempuan ada kumpulan sendiri.

Murid-murid dari kelas lain juga turut serta.

Inilah kami, kanak-kanak riang !

Amboi, Danish dengan aksi biasanya.

Mari turut serta !

Kejap, kejap Cikgu Zainal, nak masuk dalam gambar.

Susunan kerusi yang telah dibuat oleh muri-murid 4 Cekal. 

Amboi, rajinnya Najwa, boleh dibuat menantu ni. 

Hai Amir, tengok apa tu ? Nia ke ? 

Kami bekerjasama membersihkan kelas. 

No comments:

Post a Comment