Thursday 27 August 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 4 : INDAHNYA PERJALANAN MENJADI SEORANG DAI'E

Assalamualaikum...

Praktikum Fasa 2, terlalu banyak kenangan yang telah aku lalui bersama 33 orang anak-anak didikku di sekolah yang cukup bermakna ini. Hari ini bertarikh 27.08.2015, berbaki 3 minggu berpraktikum, sedih ? Ya, aku sedih dan bimbang, bagaimana mahu melupakan anak-anak ini. Kenapa ? Aku juga tidak pasti sebabnya. Mungkin kerana :

1. Aku terbiasa bersama mereka
2. Aku mula menyayangi mereka
3. Aku selesa bersama mereka
4. Aku mahu mereka berjaya, sekurang-kurangnya menjadi orang berguna, lantas langkah ini aku ingin panjangkan
5. Aku mencintai persekitaran sekolah ini
6. Dan pelbagai lagi sebab lain yang memungkinkan perasaan ini hadir

Ya, aku mungkin lemah. Kerana mudah menyayangi, tetapi aku kira tidak salah rasa ini. Semoga kamu semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Boleh berbakti kepada kedua ibu dan bapamu, Menjadi pengubah kehidupanmu ke arah yang lebih baik. Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka di dunia wal akhirah. Permudahkanlah urusan memahami ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka. Sungguh, kurniakanlah kesedaran yang telah Engkau kurniakan kepada kami, kepada mereka ya Allah.
Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 : Medium memupuk silaturrahim bersama 33 orang anak didikku

No comments:

Post a Comment